...................perjalanan menaiki perahu berenjin sangkut ke Long Kesseh dari Long Lama selama 3 jam setengah semasa mula-mula posting....................
Apabila kami suami isteri di tawarkan kursus KPLI...ia merupakan perkara yang amat mengembirakan,namun inilah jua perkara yang menyedihkan kerana jarak telah memisahkan kami sekeluarga selama setahun pada 2008...isteriku tercinta terpaksa menjalani latihan kpli di perlis...aku pula di cheras..manakala 2 org puteri kami, terpaksa diserahkan kepada mertua ku di Pahang untuk setahun ini.menderitanya kami apabila terpaksa berulang alik di 3 negeri ini...perlis..pahang ...KL...Alhamdulillah berjaya kami harungi.
Pabila menerima berita posting skali lagi kami mendapat khabar sedih/gembira kerana dipostingkan ke Sarawak..jauh pula dari keluarga dan sahabat handai.kami di tempatkan di sekolah kaw pedalaman 2...mgkin ramai yang berkata bertuahnya kami kerana banyak elaun.tapi menderitanya kami kerana tiada talian telefon dan jalan raya,elektrik dan air bersih..hanya ada generator dan tadahan air hujan..anak2 pula terpaksa ditinggal sendirian dirumah kerana tiada pengasuh..tempat ini tiada muslim..hanya kami 6 orang guru baru beragama Islam....Jika ingin melawat kami silalah layari web sekolah www.sklongkesseh.webs.com
Jika ingin ke bandar Miri,kami terpaksa mengharungi perjalanan yang sukar.kami perlu menaiki perahu berenjin sangkut selama 15 minit dari Kampung Long Kesseh ke Kampung Long Nakan.Payahnya mengangkut barang dan mendukung anak-anak menuruni dan menaiki tebing sungai Tuhan saja yang tahu.Tambang perahu adalah RM30 untuk sekali perjalanan.Selepas itu kami akan menaiki kenderaan pacuan 4 roda selama 4 hingga 5 jam dengan kos minima RM240 untuk 1 kenderaan.Mungkin orang lain tak dapat membayangkan keperitan kami melalui jalan denai umpama track rally advanture race selama 1/2 jam.Kemudian kami akan melalui jalan "balak" yang dilalui oleh lori treler mengangkut kayu balak.Jalan tanah ini amat berbahaya kerana undang-undangnya berdeza dari jalan raya biasa,pemandu perlu bertukar arah memandu sama ada kiri atau kanan mengikut hala selekoh.Jalan ini memberi keutamaan kepada lori balak yang laju umpama trak "transformer'.Sesiapa yang tidak biasa memandu disini akan kekok dah membahayakan penumpang.Jalan balak perlu dilalui selama kira-kira 1 jam setengah hingga Long Lapok.Kemudian kami akan melalui pula "highway" selama lebih 1 jam,jalan ini rosak dengan teruk sekali..bayangkan kami terhenjut-henjut kiri dan kanan di dalam pacuan 4 roda.Penat memang tidak terkira.Selepas pekan Beluru,baru jalan rayanya elok.Perjalanannya kira-kira 1 jam sampai ke Miri.
Jika memilih menggunakan jalan air sepenuhnya ke Miri atau berkursus di Marudi,cabarannya lebih hebat Kami perlu menaiki perahu berenjin sangkut selama 3 jam ke Long Lama dengan kos kira-kira RM200. Jika memulakan perjalanan pukul 9 pagi,akan sampai kira-kira pukul 12 tengah hari. Kami terpaksa menunggu bot ekspres yang memulakan perjalanan ke Marudi pada pukul 2 petang. Mujurlah ada seorang insan mulia yang menunaikan fardu kifayah membuka satu-satunya kedai makanan halal muslim di Long Lama.Bolehlah kami berehat dan mengalas perut sementara meneruskan perjalanan nanti. Perjalanan bot ekspres dari Long Lama ke Marudi mengambil masa 3-3 jam 1/2 dengan kos RM20,sampai di Marudi kira-kira 5.30 petang.Kami terpaksa bermalam di hotel di Marudi dengan kos RM70-RM90 sebelum meneruskan lagi perjalanan dengan bot ekspres ke Miri keesokan harinya.Perjalanan ke Miri juga mengambil masa 3-3 jam 1/2 dengan kos RM20. Apabila tiba di jeti Kuala Baram,kami terpaksa menaiki teksi ke bandar miri dengan kos RM40.
Sampai di Miri kami akan bermalam di hotel dengan kos RM50-60 semalaman.Bayangkan jika kami tinggal selama 1 minggu di sana.Kos makanan di Miri pula agak mahal...sekali makan untuk kami 4 beranak kira-kira RM20 ke atas.
Namun apa yang kami lalui ini adalah sebahagian cabaran hidup.Baru kami rasai sendiri kepayahan masyarakat pedalaman yang terpaksa bertarung dengan kesukaran.Selama ini kita hidup selesa di semenanjung namun hakikatnya...pedalaman Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan dalam arus kemodenan menuju wawasan 2020.Menjadi tanggungjawab kita semua guru-guru pedalaman memberi pendidikan kepada pewaris negara di kawasan terpencil ini untuk maju bersama-sama rakyat Malaysia yang lain.Semoga kepayahan kami di pedalaman akan mendapat keberkatan Allah di dunia dan akhirat

Tiada ulasan:
Catat Ulasan