Rabu, 17 Jun 2009

Asal usulku

Aku diberi nama Mohamad Ali,dilahirkan pada 08/09/1981 pukul 8 pagi di Kampung Padang Serai Dalam, Batu Hampar, Beruas,Perak darul ridzuan. Ayahku,Mohd Zaman dan ibuku, Norsiah adalah berketurunan melayu banjar.Jadi aku mewarisi darah daging keturunan melayu banjar ini...
Berkat titik peluh ibubapa berhempas pulas mencari rezeki,aku di sekolahkan di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar,Beruas,Perak pada tahun 1988.Aku hanya mula menerima pendidikan rasmi di sekolah bermula tahun 1.Pada tahun 1992 aku telah dipelihara oleh kakak kedua yang aku kasihi,Siti Norjan dan abang ipar yang aku sanjungi,Allahyarham Baseri bin Baharom di Taman Selasih,Kulim,Kedah.Aku disekolahkan di Sekolah Kebangsaan Sri Kulim.Dengan berbekalkan keputusan 3A 1c dalam UPSR,aku diterima melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah pada tahun 1994,sebuah sekolah yang ternama di negeri jelapang padi ini.Aku mendapat keputusan PMR yang sederhana iaitu 4A 3B 1C dan 1E.Pada tahun 1997,aku bertukar ke Sekolah Menengah Doktor Burhanudin,Taiping,Perak.Memandangkan jarak dari rumahku ke Taiping agak jauh..aku bertukar lagi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Shahriman,Beruas,Perak...kembali ke kampung halamanku.Aku telah dianugerahkan sebagai murid cemerlang kerana mendapat pangkat 1 dengan 14 agregat dalam peperiksaan SPM.
Kemudian aku diterima belajar di Pusat Matrikulasi Melaka..1 semester aku disana kemudian aku dipindahkan ke Pusat Matrikulasi Negeri Sembilan.Pada tahun 2000 aku mengambil Bachelor Ekonomi di Universiti Putra Malaysia.Aku telah menerima segulung ijazah pada majlis konvokesyen yang amat bersejarah padaku pada tahun 2004...aku mula menjejakkan kami di alam pekerjaan.Pada tahun 2008 aku ditawarkan kursus perguruan KPLI..dan kini aku berkhidmat sebagai guru siswazah DC41.Aku kini menabur bakti kepada anak bangsaku.
Aku amat berterima kasih kepada insan yang amat berjasa membesarkanku hingga menjadi manusia berguna terutama sekali kepada kedua ibubapaku yang amat aku kasihi,kakak dan abang iparku dan semua guru yang pernah mendidikku.Aku bertekad ingin menyambung lagi pelajaranku dan menjadi insan tersohor kepada negara,bangsa dan agama berkat dorongan dari isteriku tercinta, Sue dan dua orang puteri comel kami,Insyirah dan Athirah.....aminnnnnnnnnn

1 ulasan:

  1. bang..sy student shahriman gak...untuk pengetahuan abg,skol tu dh tbuhkan form 6 plak...bwu mula 2006...sy batchke 2...so sy dh smbung stadi skang kt unisel n ingt pas grad nti nk smbyng KPLI...nk jd cg...hu3....tp skol ut still cm dlu...cume dh tmbah blok bru untuk form 6 n dewan y pling bsar kt daerah manjung..hu3.

    BalasPadam