Ahad, 28 Jun 2009

Ayah dan umi semasa angah dan mak ngah berkahwin

Umi membantu pekerja menggali minyak

Kuatnya umi menolak mesin pengorek minyak...tolak kuat lagi umi

Umi tercinta bersama andak di Sarawak Handicarf


Umi bergaya dengan tengkolok Sarawak...konon2 puteri kenyalang...hehe

Khamis, 18 Jun 2009

Emak yang ku kasihi...Norsiah Chek Mat

Insan paling disanjungi..Mohamed Zaman..abahku

Cabaran menjadi guru di pedalaman

...................perjalanan menaiki perahu berenjin sangkut ke Long Kesseh dari Long Lama selama 3 jam setengah semasa mula-mula posting....................
Apabila kami suami isteri di tawarkan kursus KPLI...ia merupakan perkara yang amat mengembirakan,namun inilah jua perkara yang menyedihkan kerana jarak telah memisahkan kami sekeluarga selama setahun pada 2008...isteriku tercinta terpaksa menjalani latihan kpli di perlis...aku pula di cheras..manakala 2 org puteri kami, terpaksa diserahkan kepada mertua ku di Pahang untuk setahun ini.menderitanya kami apabila terpaksa berulang alik di 3 negeri ini...perlis..pahang ...KL...Alhamdulillah berjaya kami harungi.
Pabila menerima berita posting skali lagi kami mendapat khabar sedih/gembira kerana dipostingkan ke Sarawak..jauh pula dari keluarga dan sahabat handai.kami di tempatkan di sekolah kaw pedalaman 2...mgkin ramai yang berkata bertuahnya kami kerana banyak elaun.tapi menderitanya kami kerana tiada talian telefon dan jalan raya,elektrik dan air bersih..hanya ada generator dan tadahan air hujan..anak2 pula terpaksa ditinggal sendirian dirumah kerana tiada pengasuh..tempat ini tiada muslim..hanya kami 6 orang guru baru beragama Islam....Jika ingin melawat kami silalah layari web sekolah www.sklongkesseh.webs.com
Jika ingin ke bandar Miri,kami terpaksa mengharungi perjalanan yang sukar.kami perlu menaiki perahu berenjin sangkut selama 15 minit dari Kampung Long Kesseh ke Kampung Long Nakan.Payahnya mengangkut barang dan mendukung anak-anak menuruni dan menaiki tebing sungai Tuhan saja yang tahu.Tambang perahu adalah RM30 untuk sekali perjalanan.Selepas itu kami akan menaiki kenderaan pacuan 4 roda selama 4 hingga 5 jam dengan kos minima RM240 untuk 1 kenderaan.Mungkin orang lain tak dapat membayangkan keperitan kami melalui jalan denai umpama track rally advanture race selama 1/2 jam.Kemudian kami akan melalui jalan "balak" yang dilalui oleh lori treler mengangkut kayu balak.Jalan tanah ini amat berbahaya kerana undang-undangnya berdeza dari jalan raya biasa,pemandu perlu bertukar arah memandu sama ada kiri atau kanan mengikut hala selekoh.Jalan ini memberi keutamaan kepada lori balak yang laju umpama trak "transformer'.Sesiapa yang tidak biasa memandu disini akan kekok dah membahayakan penumpang.Jalan balak perlu dilalui selama kira-kira 1 jam setengah hingga Long Lapok.Kemudian kami akan melalui pula "highway" selama lebih 1 jam,jalan ini rosak dengan teruk sekali..bayangkan kami terhenjut-henjut kiri dan kanan di dalam pacuan 4 roda.Penat memang tidak terkira.Selepas pekan Beluru,baru jalan rayanya elok.Perjalanannya kira-kira 1 jam sampai ke Miri.
Jika memilih menggunakan jalan air sepenuhnya ke Miri atau berkursus di Marudi,cabarannya lebih hebat Kami perlu menaiki perahu berenjin sangkut selama 3 jam ke Long Lama dengan kos kira-kira RM200. Jika memulakan perjalanan pukul 9 pagi,akan sampai kira-kira pukul 12 tengah hari. Kami terpaksa menunggu bot ekspres yang memulakan perjalanan ke Marudi pada pukul 2 petang. Mujurlah ada seorang insan mulia yang menunaikan fardu kifayah membuka satu-satunya kedai makanan halal muslim di Long Lama.Bolehlah kami berehat dan mengalas perut sementara meneruskan perjalanan nanti. Perjalanan bot ekspres dari Long Lama ke Marudi mengambil masa 3-3 jam 1/2 dengan kos RM20,sampai di Marudi kira-kira 5.30 petang.Kami terpaksa bermalam di hotel di Marudi dengan kos RM70-RM90 sebelum meneruskan lagi perjalanan dengan bot ekspres ke Miri keesokan harinya.Perjalanan ke Miri juga mengambil masa 3-3 jam 1/2 dengan kos RM20. Apabila tiba di jeti Kuala Baram,kami terpaksa menaiki teksi ke bandar miri dengan kos RM40.
Sampai di Miri kami akan bermalam di hotel dengan kos RM50-60 semalaman.Bayangkan jika kami tinggal selama 1 minggu di sana.Kos makanan di Miri pula agak mahal...sekali makan untuk kami 4 beranak kira-kira RM20 ke atas.
Namun apa yang kami lalui ini adalah sebahagian cabaran hidup.Baru kami rasai sendiri kepayahan masyarakat pedalaman yang terpaksa bertarung dengan kesukaran.Selama ini kita hidup selesa di semenanjung namun hakikatnya...pedalaman Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan dalam arus kemodenan menuju wawasan 2020.Menjadi tanggungjawab kita semua guru-guru pedalaman memberi pendidikan kepada pewaris negara di kawasan terpencil ini untuk maju bersama-sama rakyat Malaysia yang lain.Semoga kepayahan kami di pedalaman akan mendapat keberkatan Allah di dunia dan akhirat

Rabu, 17 Jun 2009

Puteri-puteri yang kami kasihi..insyirah & athirah


Isteriku tercinta..Sue



Sueku...

Insan bernama Sue ini merupakan insan paling istimewa dalam hidupku...dia adalah isteriku,kekasihku,sahabatku dan pasanganku dunia akhirat...amin.Aku amat bertuah dianugerahkan mu oleh Tuhan Yang Maha Esa...tiada bandingan kasihku padamu...aku amat berterima kasih padamu kerana juga mencintaiku sepenuh hatimu...tiada apa lagi yang mampu ku ucapkan padamu Sueku....I LOVE U my darling

Asal usulku

Aku diberi nama Mohamad Ali,dilahirkan pada 08/09/1981 pukul 8 pagi di Kampung Padang Serai Dalam, Batu Hampar, Beruas,Perak darul ridzuan. Ayahku,Mohd Zaman dan ibuku, Norsiah adalah berketurunan melayu banjar.Jadi aku mewarisi darah daging keturunan melayu banjar ini...
Berkat titik peluh ibubapa berhempas pulas mencari rezeki,aku di sekolahkan di Sekolah Kebangsaan Batu Hampar,Beruas,Perak pada tahun 1988.Aku hanya mula menerima pendidikan rasmi di sekolah bermula tahun 1.Pada tahun 1992 aku telah dipelihara oleh kakak kedua yang aku kasihi,Siti Norjan dan abang ipar yang aku sanjungi,Allahyarham Baseri bin Baharom di Taman Selasih,Kulim,Kedah.Aku disekolahkan di Sekolah Kebangsaan Sri Kulim.Dengan berbekalkan keputusan 3A 1c dalam UPSR,aku diterima melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah pada tahun 1994,sebuah sekolah yang ternama di negeri jelapang padi ini.Aku mendapat keputusan PMR yang sederhana iaitu 4A 3B 1C dan 1E.Pada tahun 1997,aku bertukar ke Sekolah Menengah Doktor Burhanudin,Taiping,Perak.Memandangkan jarak dari rumahku ke Taiping agak jauh..aku bertukar lagi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Shahriman,Beruas,Perak...kembali ke kampung halamanku.Aku telah dianugerahkan sebagai murid cemerlang kerana mendapat pangkat 1 dengan 14 agregat dalam peperiksaan SPM.
Kemudian aku diterima belajar di Pusat Matrikulasi Melaka..1 semester aku disana kemudian aku dipindahkan ke Pusat Matrikulasi Negeri Sembilan.Pada tahun 2000 aku mengambil Bachelor Ekonomi di Universiti Putra Malaysia.Aku telah menerima segulung ijazah pada majlis konvokesyen yang amat bersejarah padaku pada tahun 2004...aku mula menjejakkan kami di alam pekerjaan.Pada tahun 2008 aku ditawarkan kursus perguruan KPLI..dan kini aku berkhidmat sebagai guru siswazah DC41.Aku kini menabur bakti kepada anak bangsaku.
Aku amat berterima kasih kepada insan yang amat berjasa membesarkanku hingga menjadi manusia berguna terutama sekali kepada kedua ibubapaku yang amat aku kasihi,kakak dan abang iparku dan semua guru yang pernah mendidikku.Aku bertekad ingin menyambung lagi pelajaranku dan menjadi insan tersohor kepada negara,bangsa dan agama berkat dorongan dari isteriku tercinta, Sue dan dua orang puteri comel kami,Insyirah dan Athirah.....aminnnnnnnnnn

Selamat hari bapa untukku dan selamat hari ibu sayangku Sulaitullani

Pejam celik telah hampir 5 tahun aku berumahtangga...selamat hari bapa 2009 untuk aku,Mohamad Ali dan selamat hari ibu 2009 buat sayangku Sue

Bermulanya ali+sue= insyirah& athirah

Dua insan bernama Ali dan Sue telah bertemu di cafetaria Universiti Putra Malaysia semasa sama-sama belajar di universiti ini.Kami telah berkenalan pada bulan ogos 2003 kerana menemankan roomate masing2 makan...mungkin Allah telah tetapkan jodoh kami...maka pada 11/09/04 kami telah bertunang dan pada hari bersejarah 12/09/04 kami telah melangsungkan ikatan pernikahan...maka pada 12/08/05,lahirlah seorang puteri iaitu Nur Izzati Insyirah dan 22/12/06 lahirlah seorang lagi puteri yang comel Nur Dini Athirah berkat ikatan cinta suci kami....doakan kebahgiaan kami hingga akhir hayat dan ke syurga abadi...amin